Monday, November 17, 2014

Dr. Sheikh Muszaphar



Assalamualaikum. 
Bagi sesiapa yang mengenali aku, semestinya mereka mengetahui betapa minatnya aku terhadap Sheikh Muszaphar Syukor Al-Masrie. Sejak dari darjah 6 sampailah sekarang minat aku tak pernah hilang padanya. Walaupun begitu, tidak pernah sekali aku berpeluang untuk menemui beliau. Sedangkan kawan-kawan aku yang lain telah beberapa kali menemui beliau. Sedih kan. 

Nak dijadikan cerita, pihak UKM akan mengadakan program UKM di Angkasa sempena Hari Angkasawan Negara ke-7. Mase aku dengar je berita pasal bende, punya laa terkejut. Sheikh nak datang UKM kot. Tak kan nak lepaskan peluang berharga nie.Peluang yang aku nanti-nantikan selama ini telah tiba ! Terus aku kol kakak  aku yang duduk kat UUM nak ajak teman sekali sebab program tu akan diadakan semasa cuti deepavali yang mana time tu aku dah duduk kt rumah. Ye laa, tak kan lah aku nak pergi sengsorang dari rumah pepagi buta. No way!!! Mama memang tak kan benarkan. Pujuk punya pujuk kakak aku akhirnya dia termakan jugak berkat kata-kata aku yang manis nie. 

20 Oktober 2014 : Tiba laa masa yang di nanti-nantikan.





Sungguh, bagi aku Sheikh Muszapahar adalah seorang yang sangat hebat. Setiap kata-katanya ada makna yang tersendiri. Menurut beliau, sejak dari kecil dia bercita untuk menjadi seorang angkasawan. Ayahnya selalu membelikan buku-buku berkaitan angkasawan. Dalam bilik dia pula penuh dengan gambar-gambar planet,matahari,bintang, angkasa dan sebagainya. Dan setelah 25 tahun impian dia tercapai. AWESOME !

sesi soal jawab


Bila sampai ke penghujung program dan pengacara cakap yang Dr Sheikh Muszaphar bakal meninggalkan DECTAR, aku terus terkejut. Dalam hati aku berkata kenapa cepat sangat masa berlalu. Aku belum lagi bergambar dengan dia. Ingat senang nak bergambar dengan angkasawan negara. Dengan ramainya orang lagi. Aku tahu peluang aku sangat tipis pada waktu itu. Aku nekad yang kali nie aku nak jugak bergambar dengan dia, Tapi malangnya terlalu ramai orang nak bergambar dengan dia sampai berebut-rebut even cikgu sekolah pun berebut jugak. Yang budak-budak sekolah siap ber''selfie'' bagai. Memang jealous tahap ape dah aku masa tuh.

Tapi aku tak putus asa. Aku kejar jugak Dr. Sheikh and guess what ...................



haaaaa bukan setakat dapat bergambar dengan dia, siap masuk surat khabar lagi taw*walaupun muka tak nampak* . Sungguh puas hati sangat-sangat dapat jumpa Dr Sheikh walaupun sekejap je. Tak sia-sia pengorbanan aku kejar dia ke sana ke sini. Yang jadi mangsanya. siapa lagi kakak aku laa. Tak pasal-pasal suruh dia jadi photographer tak bertauliah disamping berasak-asak dengan manusia yang lain. hehehehe sorry Yana.

okayy sampai di sini sahaja cerita aku kali ini. Till we meet again !

Thank you for reading this entry !




HYE UKM !

ASSALAMUALAIKUM !

Hyep ! Alhamdulillah sudah hampir dua bulan aku bergelar sebagai pelajar universiti or kalau yang lebih spesifik bergelar sebagai mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Buat sesiapa yang belum mengetahui, sebelum ini aku telah menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Perak (KMPK). Setelah selesai pengajian, aku dapat tawaran untuk sambung belajar kat UKM. Masa nak tunggu result UPU tu, Allah saja la yang tahu macammana perasaan aku time tu. Bende yang paling aku takut sekali macam mana aku nak hadap parents aku andai ditakdirkan aku tak dapat masuk universiti. Sungguh aku tak nak menghampakan mereka. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar doa hamba-hamba nya. Aku berjaya mendapat tawaran di universiti pertama pilihan aku. heeeeeeeee sape tak happy weh . Yang paling happy parents aku laa, aku boleh nampak yang mama sangat gembira time tu. Senyum sampai ke telinga kot. Mana tak nya, UKM dekat bangi je . Dekat sangat rumah aku ni haa. Lain laa dengan kes kakak aq, dah melencong jauh ke UUM kat sana. Hahaha agak bangga di situ. Ohh yaa , kos yang aku ambil adalah Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian. 


Okayy so macam biasa untuk pelajar baru macam aku nie, harus laa ada minggu orientasi kan. huhh, sungguh minggu orientasi la yang paling aku tak suka sekali. Cukup laa kat KMPK dulu. Tak sanggup nak hadapnya lagi . Time tu lah kau tak cukup tidur, time tu lah kau dilayan macam budak-budak, time tu lah kau kena menyanyi menari joget dan segala bagai. Dekat UKM minggu orientasi dipanggil Minggu Mesra Mahasiswa. Kolej yang akan aku didiami adalah Kolej Pendeta Za'ba (KPZ). Dikhabarkan kolej aku ni adalah kolej yang terbesar dekat UKM. Dan kolej aku juga ni adalah musuh utama kolej-kolej lain . Aku pun tak tahu kenapa. Katanya memang dari dulu macam tu. Nak tergelak pon ade. ahahahaha 





    
Besar kan kolej aku ? Dah macam taman perumahan dah. Dengan berbukitnye lagi. Dulu kat KMPK pun berbukit. Nie dekat UKM pun berbukit jugak. haihhh nasib badan daa. Nasib baik laa KPZ nie cantik. Terubat sikit hati heeeeee ~~



*hiasan semata-mata*

pink giteww ~


Nie pulak bilik aku. Boleh tahan lah. Yang paling best , semua perabot dalam bilik aku nie semua perabot baru. 

Nak dipendekkan cerita, semasa Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) , akan adanya perang dektar. Nak tahu perang dektar tu apa ? haaa meh sini nak bagi tahu. Perang dektar adalah di mana semua kolej-kolej akan berkumpul di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) untuk mempertahankan kolej masing-masing dengan melaungkan ''cheers'' kolej mereka. Kolej yang keluar paling lewat dari DECTAR itulah pemenangnya walaupun sebenarnya tak ada pun hadiahnya haaaa pelik kan. Ingatkan UKM je ada perang-perang nie, rupanya bila aku tanya kawan-kawan aku yang lain kat UM,UUM,UNIMAS semuanya ada perang kolej masing-masing.Kuat betul semangat kekolejan kat universiti nie . Nak tahu perang dektar tahun nie sape menang ? haaaaaaaaaaaaaaaa pegi search kat Youtube . heheheehe


KPZ yang duduk kat bawah atas kerusi.
Nampak tak betapa specialnya KPZ hehhe

Semasa Perang Dektar

tidur tidur tidur~





Sekian sahaja entry dari aku. Semoga berjumpa lagi. Assalamualaikum. ANNYEONG !!!