Assalamualaikum.
Bagi sesiapa yang mengenali aku, semestinya mereka mengetahui betapa minatnya aku terhadap Sheikh Muszaphar Syukor Al-Masrie. Sejak dari darjah 6 sampailah sekarang minat aku tak pernah hilang padanya. Walaupun begitu, tidak pernah sekali aku berpeluang untuk menemui beliau. Sedangkan kawan-kawan aku yang lain telah beberapa kali menemui beliau. Sedih kan.
Nak dijadikan cerita, pihak UKM akan mengadakan program UKM di Angkasa sempena Hari Angkasawan Negara ke-7. Mase aku dengar je berita pasal bende, punya laa terkejut. Sheikh nak datang UKM kot. Tak kan nak lepaskan peluang berharga nie.Peluang yang aku nanti-nantikan selama ini telah tiba ! Terus aku kol kakak aku yang duduk kat UUM nak ajak teman sekali sebab program tu akan diadakan semasa cuti deepavali yang mana time tu aku dah duduk kt rumah. Ye laa, tak kan lah aku nak pergi sengsorang dari rumah pepagi buta. No way!!! Mama memang tak kan benarkan. Pujuk punya pujuk kakak aku akhirnya dia termakan jugak berkat kata-kata aku yang manis nie.
Sungguh, bagi aku Sheikh Muszapahar adalah seorang yang sangat hebat. Setiap kata-katanya ada makna yang tersendiri. Menurut beliau, sejak dari kecil dia bercita untuk menjadi seorang angkasawan. Ayahnya selalu membelikan buku-buku berkaitan angkasawan. Dalam bilik dia pula penuh dengan gambar-gambar planet,matahari,bintang, angkasa dan sebagainya. Dan setelah 25 tahun impian dia tercapai. AWESOME !
okayy sampai di sini sahaja cerita aku kali ini. Till we meet again !
okayy sampai di sini sahaja cerita aku kali ini. Till we meet again !
Thank you for reading this entry !
No comments:
Post a Comment