ASSALAMUALAIKUM !
Hyep ! Alhamdulillah sudah hampir dua bulan aku bergelar sebagai pelajar universiti or kalau yang lebih spesifik bergelar sebagai mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Buat sesiapa yang belum mengetahui, sebelum ini aku telah menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Perak (KMPK). Setelah selesai pengajian, aku dapat tawaran untuk sambung belajar kat UKM. Masa nak tunggu result UPU tu, Allah saja la yang tahu macammana perasaan aku time tu. Bende yang paling aku takut sekali macam mana aku nak hadap parents aku andai ditakdirkan aku tak dapat masuk universiti. Sungguh aku tak nak menghampakan mereka. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar doa hamba-hamba nya. Aku berjaya mendapat tawaran di universiti pertama pilihan aku. heeeeeeeee sape tak happy weh . Yang paling happy parents aku laa, aku boleh nampak yang mama sangat gembira time tu. Senyum sampai ke telinga kot. Mana tak nya, UKM dekat bangi je . Dekat sangat rumah aku ni haa. Lain laa dengan kes kakak aq, dah melencong jauh ke UUM kat sana. Hahaha agak bangga di situ. Ohh yaa , kos yang aku ambil adalah Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian.
Okayy so macam biasa untuk pelajar baru macam aku nie, harus laa ada minggu orientasi kan. huhh, sungguh minggu orientasi la yang paling aku tak suka sekali. Cukup laa kat KMPK dulu. Tak sanggup nak hadapnya lagi . Time tu lah kau tak cukup tidur, time tu lah kau dilayan macam budak-budak, time tu lah kau kena menyanyi menari joget dan segala bagai. Dekat UKM minggu orientasi dipanggil Minggu Mesra Mahasiswa. Kolej yang akan aku didiami adalah Kolej Pendeta Za'ba (KPZ). Dikhabarkan kolej aku ni adalah kolej yang terbesar dekat UKM. Dan kolej aku juga ni adalah musuh utama kolej-kolej lain . Aku pun tak tahu kenapa. Katanya memang dari dulu macam tu. Nak tergelak pon ade. ahahahaha
Besar kan kolej aku ? Dah macam taman perumahan dah. Dengan berbukitnye lagi. Dulu kat KMPK pun berbukit. Nie dekat UKM pun berbukit jugak. haihhh nasib badan daa. Nasib baik laa KPZ nie cantik. Terubat sikit hati heeeeee ~~
![]() |
*hiasan semata-mata* |
![]() |
pink giteww ~ |
Nie pulak bilik aku. Boleh tahan lah. Yang paling best , semua perabot dalam bilik aku nie semua perabot baru.
Nak dipendekkan cerita, semasa Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) , akan adanya perang dektar. Nak tahu perang dektar tu apa ? haaa meh sini nak bagi tahu. Perang dektar adalah di mana semua kolej-kolej akan berkumpul di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) untuk mempertahankan kolej masing-masing dengan melaungkan ''cheers'' kolej mereka. Kolej yang keluar paling lewat dari DECTAR itulah pemenangnya walaupun sebenarnya tak ada pun hadiahnya haaaa pelik kan. Ingatkan UKM je ada perang-perang nie, rupanya bila aku tanya kawan-kawan aku yang lain kat UM,UUM,UNIMAS semuanya ada perang kolej masing-masing.Kuat betul semangat kekolejan kat universiti nie . Nak tahu perang dektar tahun nie sape menang ? haaaaaaaaaaaaaaaa pegi search kat Youtube . heheheehe
![]() |
KPZ yang duduk kat bawah atas kerusi. Nampak tak betapa specialnya KPZ hehhe |
![]() |
Semasa Perang Dektar |
![]() |
tidur tidur tidur~ |
Sekian sahaja entry dari aku. Semoga berjumpa lagi. Assalamualaikum. ANNYEONG !!!
No comments:
Post a Comment